Tuesday 12 February 2013

MSN


Majlis Sukan Negara Malaysia



                                       



       Logo MSN


Sejarah
-      Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.
-      Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.
-      Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.

A)    VISI
-       Peneraju sukan prestasi tinggi terunggul ke arah melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia.

B)    MISI
-       Memastikan program pembangunan sukan berprestasi tinggi dilaksanakan secara menyeluruh, sistematik dan berkesan di semua peringkat.

C)    Objektif
-       Mempertingkatkan prestasi pencapaian atlet  di pelbagai peringkat ke tahap kecemerlangan dunia melalui pengurusan program latihan, khidmat sokongan dan hal ehwal atlet yang lebih efisien dan menyeluruh.
-       Memperkukuhkan struktur pembangunan kejurulatihan di pelbagai peringkat ke arah meningkatkan bilangan jurulatih yang berkelayakan.
-       Memperkukuhkan struktur pembangunan dan penganjuran kejohanan-kejohanan sukan tempatan dan antarabangsa di pelbagai peringkat secara lebih efektif dan kompetitif.
-       Mempertingkatkan prestasi pencapaian pembangunan kepegawaian teknikal dan pengurusan sukan prestasi tinggi yang lebih efisien di pelbagai peringkat.
-       Memperkukuhkan dan meningkatkan penyelarasan pentadbiran Organisasi Sukan (Persatuan) yang lebih efektif dan efisien.

Rasional Logo MSN
-       Logo ini dicipta dengan menggabungkan elemen-elemen bulatan, garisan, bentuk, huruf dan titik-titik. Hasil dari gabungan ini lahirlah sebuah logo yang kukuh, ringkas, seimbang dan progresif terbahagi kepada beberapa bahagia yang penting:-
laurelx.png
   
       LAUREL” – Melambangkan satu symbol pertubuhan yang besar dan terdapat kepada kebanyakan logo-logo antarabangsa. Ia bermaksud satu keharmonian atau kemenangan. MSNM merupakan satu pertubuhan besar yang bertanggungjawab kepada sukan di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Lambang ini sangat sesuai untuk logo MSNM. Bentuk seperti ini juga biasa kita lihat dalam sukan “grandprix” dalam bentuk 3 dimensi.


oborx.png

OBOR – Merupakan lambing sukan sebenarnya dan idea ini mula wujud diawal permulaan Sukan Olimpik. Boleh dikatakan setiap acara sukan peringkat antarabangsa, obor dimulakan dengan nyalaan sebagai tanda pembukaan dan perasmian.
garisx.png
     
      Garisan – Menunjukkan satu pergerakan atau kelajuan. Garisan yang sama tebal melalui obor, garisan menjadi nipis bamelahirkan satu rekabentuk yang baru. Logo Olimpik juga terdapat garisan-garisan tersebut. Garisan juga memainkan peranan yang penting sebagai panduan di stadium, padang, gelanggang ataupun di trek.

  
bulatanx.png
      
      GELANG OLIMPIK – Rekabentuk menggambarkan ‘satu gelang olimpik’ (olimpik ring) bertujuan melindungi elemen-elemen logo di bahagia dalam. Bagi menguatkan logo tulisan “Majlis Sukan Negara Malaysia” diletakkan didalam gelang olimpik dan dua titik berfungsi sebagai keseimbangan rekabentuk.

Secara amnya, gelang olimpik mempunyai lima gelang (  ). Tetapi untuk menyesuaikan dengan keadaan rekabentuk, satu sahaja digunakan.


colourx.png
      
       WARNA – PANTHRA TIGRIS MALAYENSIS – Melambangkan kekuatan, kuasa, semangat dan ketangkasan sebagaimana harimau Malaya yang menjadi symbol perwatakan atlet Negara.


logox.png

KESIMPULAN
Keseluruhan logo ini dititikberatkan (bertapak) pada satu bulatan yang berfungsi. Direka begitu ringkas, sekali pandang logo berbentuk lama tetapi sudah diubahsuai rekabentuk berbentuk baru dan sesuai digunakan pada semua ‘Corporate Identity’ MSNM seperti sampul surat, letterhead, akhbar, buku cenderamata, stadium, papantanda dan lain-lain.


Y.T.M. Tungku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri merangkap Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. (1964-1966)http://www.nsc.gov.my/portal/images/Infokorporat/Menteri/tunku%20abd%20rahman.jpg
Y.B. Encik Senu bin Abdul Rahman (1966-1968)http://www.nsc.gov.my/portal/images/Infokorporat/Menteri/en.senu.jpg
Y.B. Encik Senu bin Abdul Rahman (1966-1968)http://www.nsc.gov.my/portal/images/Infokorporat/Menteri/yb%20dato_%20hamzah.jpg
Y.B. Dato` Ali bin Haji Ahmad (1973-1978)http://www.nsc.gov.my/portal/images/Infokorporat/Menteri/yb%20dato_%20ali.jpg
Y.B. Dato` Samad bin Idris (1978-1980)http://www.nsc.gov.my/portal/images/Infokorporat/Menteri/yb%20dato_%20samad.jpg
Y.B. Dato` Mokhtar bin Hashim (1980-1983)http://www.nsc.gov.my/portal/images/Infokorporat/Menteri/yb%20dato_%20mokhtar.jpg
Y.B. Encik Anwar bin Ibrahim (1983-1984)http://www.nsc.gov.my/portal/images/Infokorporat/Menteri/yb%20en.%20anwar.jpg
Y.B. Datuk Dr. Sulaiman bin Haji Daud (1984-1986)http://www.nsc.gov.my/portal/images/Infokorporat/Menteri/yb%20datuk%20dr%20sulaiman.jpg
Y.B. Dato` Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak (1986-1990)http://www.nsc.gov.my/portal/images/Infokorporat/Menteri/yb%20dato_%20sri%20najib.jpg
Y.B. Dato` Annuar bin Musa (1990-1993)http://www.nsc.gov.my/portal/images/Infokorporat/Menteri/yb%20dato_%20annuar%20musa.jpg
Y.B. Tuan Haji Abdul Ghani bin Othman (1993-1995)
Y.B. Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Yassin (1995-1999)http://www.nsc.gov.my/portal/images/Infokorporat/Menteri/tan%20sri%20haji%20muhyiddin.jpg
Y.B. Dato` Hishammuddin bin Tun Hussein (1999-2004)http://www.nsc.gov.my/portal/images/Infokorporat/Menteri/dato_%20hishammuddin.jpg
Y.B Datuk Azalina Bt. Othman Said (2004-Mac 2008)http://www.nsc.gov.my/portal/images/Infokorporat/Menteri/dato_%20azalina.jpg
Y.B. Dato` Sri Ismail Sabri Bin Yaakob (Mac 2008-April 2009)http://www.nsc.gov.my/portal/images/Infokorporat/Menteri/dato_%20sri%20ismail%20sabri.jpg
http://www.nsc.gov.my/portal/images/Infokorporat/Menteri/minister.jpg 

Y.B. Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek
( April 2009 - hingga sekarang)




No comments:

Post a Comment