Friday 29 March 2013

atlet yang termahal

Lee Chong Wei Atlet Terkaya di Malaysia

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah atlet terkaya di Malaysia? Rasanya tidak ramai yang tahu kerana perkara ini tidak pernah dihebohkan, baik oleh Majlis Sukan Negara atau tuan empunya diri atlet itu sendiri. Namun berdasarkan kiraan secara congak, jaguh badminton, Lee Chong Wei adalah atlit terkaya Malaysia dengan pendapatan antara RM2 juta hingga RM3 juta, pada tahun lalu sahaja.



Walaupun pendapatannya itu tidak sehebat Tiger Woods yang muncul atlit dunia yang memperoleh pendapatan tertinggi 53 juta euro (RM222.6 juta), tetapi jumlah yang diraihnya itu berbaloi dengan pengorbanan dan kerja kerasnya selama ini.

Berikut merupakan kiraan congak kekayaan Lee Chong Wei:
  •  Ia diperoleh berdasarkan sembilan kejohanan antarabangsa yang dimenangi, selain pingat emas Sukan Komanwel dan perak Sukan Asia, yang membolehkannya mengumpul hampir RM700,000.
  • Jumlah itu belum termasuk elaun latihan RM4,000 sebulan, elaun ranking pemain nombor satu dunia RM15,000 sebulan, elaun program Road To London, bonus kemenangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pencen RM3,000 sebulan hasil meraih perak di Sukan Olimpik 2008.
  • Jumlah itu juga belum termasuk pendapatan daripada penajaan yang diterimanya dengan kontrak tertinggi daripada Yonex, Maxis, Samsung, Kaspersky, 100plus dan Astro Arena yang membolehkan ‘nilai’ Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta.
  • Setakat lima kejohanan tahun ini - Grand Prix Master Final, Terbuka Malaysia, Korea, Seluruh England dan Terbuka India - pemain nombor satu dunia itu sudah memungut koleksi hadiah kemenangan hampir RM500,000.

Lee Chong Wei terkenal sebagai penggemar kereta sport mewah


Nissan GTR milik Lee Chong Wei


Namun kekayaan Lee Chong Wei itu bukanlah angka yang tepat. Nilai itu hanya dicongak melalui jumlah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) yang dimenangi oleh Lee Chong Wei, tetapi tiada maklumat tepat tentang jumlah penajaan yang diterima oleh beliau.


Nicol David di Tangga Kedua

Ratu skuasy Nicol David pula mengekori di belakang Chong Wei dengan pendapatan lingkungan RM500,000 berdasarkan sembilan kejuaraan yang dimenanginya, termasuk meraih RM160,000 hasil memenangi pingat emas Sukan Asia dan Komanwel.


Dia turut mempunyai penaja - CIMB, Prince, Hotel Equatorial, Gatorade, Asic dan Oakley - yang memberikan pendapatan tambahan kepada pemain nombor satu dunia kelahiran Pulau Pinang itu.

Turut menerima pendapatan tertinggi tahun lalu adalah pemain golf Ben Leong yang mengaut lebih RM300,000 daripada 20 kejohanan Jelajah Asia yang disertainya diikuti Danny Chia hampir RM250,000.

Adakah Datuk Nicol Ann David seorang pemain professional?

Datuk Nicol Ann David

Nicol Ann David (Skuasy)

Calon yang seorang ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Pada usia menjangkau 23 tahun ini, pencapaiannya dalam sukan skuasy bukan calang-calang. Paling manis pastinya apabila muncul juara dalam Terbuka Dunia 2005, pemain Asia pertama meraih gelaran itu selain dinobatkan sebagai pemain pertama dunia.
Dilahirkan pada 26 Ogos 1983, anak kelahiran Pulau Pinang ini bukan orang baru dalam sukan skuasy. Mula bermain skuasy ketika berusia lima tahun, sukan itu seolah-olah `diwujudkan’ untuk Nicol apabila merangkul kejuaraan peribadi yang pertama ketika berusia sembilan tahun.
Mula berlatih secara formal ketika berusia lapan tahun dan menjadi pemain profesional pada 2000, Nicol merangkul kejuaraan demi kejuaraan, termasuk Terbuka British 2005 dan juara Sukan Asia, yang kelima kali buatnya sejak Sukan Asia 1998.
Sekali pun begitu, Nicol seperti remaja lain juga mempunyai kegemaran lain. Beliau meminati aktiviti lasak seperti rock climbing dan jika ada masa terluang atau tiada latihan harian, Nicol gemar membeli-belah, melukis di samping menggemari muzik berentak r&b. Makanan kegemarannya pula adalah char koay teow goreng.
Selain cemerlang dalam skuasy, Nicol juga membuktikan kehebatannya di persada akademik. Bekas pelajar Sekolah Rendah Convent Green Lane dan Sekolah Menengah Convent Green Lane, Pulau Pinang itu memperoleh 7A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


2000 - Current

Rabu, 11 Mei 2011
Squash - 2001
Pada 21 Julai 2001, Nicol Ann David dari Pulau Pinang menjadi pemain pertama yang dapat mempertahankan Kejohanan single untuk World Junior Ladies 'Squash Championship yang telah diadakan.Pada usia 18 tahun, beliau telah memenangi pelbagai kejohanan baik tempatan mahupun antarabangsa.
Datuk Nicol Ann David, seorang rakyat Pulau Pinang adalah pemain skuasy profesional. Pada saat ini, beliau mengungguli ranking nombor satu dunia dalam Skuasy Wanita sejak Januari 2006 di usia 23 tahun dan merupakan wanita Asia pertama mencapai tahap ini. Beliau telah memenangi Kejohanan Terbuka Inggeris pada tahun 2005, 2006 dan 2008, serta Kejohanan Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006 2008, 2009, 2010 dan 2011.
Nicol adalah pemain skuasy pertama yang memenangi Kejohanan World Junior sebanyak dua kali, pada tahun 1999 dan 2001. Pada 7 Jun 2008, Nicol David telah dianugerahkan Pingat Darjah Bakti sempena ulang tahun Yang Mulia Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin. Beliau adalah penerima pertama anugerah yang ditubuhkan pada 26 Jun 1975. Pencapaian lain yang dicapai oleh beliau adalah Kejohanan Squash Asia, di mana beliau telah mencipta rekod kojohanan sebanyak  tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga telah dianugerahkan WISPA (Women's International Squash Players Association) sebanyak lima kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2009.
Pada tarikh 12 Julai 2008, Nicol telah dianugerahkan Pingat Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk sempena dengan Hari Keputeraan Gabenor Pulau Pinang, menjadikan beliau rakyat Pulau Pinang yang termuda mendapat gelaran Datuk.

Pada 1 Ogos 2009, Nicol menjadi pemain pertama yang memenangi lima Kejohanan Terbuka Malaysia berturut-turut sejak ditubuhkan pada tahun 1975.
Beliau telah diiktiraf dalam Dewan Kemasyuran (Hall of Fame) Persatuan Skuasy Dunia.


Datuk Nicol Ann David : Tokoh Sukan Paling Berjaya.

Tahniah kepada Datuk Nicol Ann David kerana kejayaan demi kejayaan dalam sukan skuasy. Beliau ialah seorang pemain skuasy profesional wanita yang menjadi wanita Asia pertama menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita.





Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India yang pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri. Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan Cheryl, yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan. Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah; beliau pernah bercita-cita menjadi jurutera. Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang.

pemainan traditional kaum India


KABADI
 Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain.  Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring. 


Kho-kho
Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m. 
 
 
 

permainan traditional kaum Cina


Mahjong
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.


Go


Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.


 

Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
 
 

Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.
 

permainan traditional kaum melayu

Permainan Batu Seremban

Pengenalan

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. 
 

Congkak

Pengenalan

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".


Cara-cara Bermain Congkak
a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

Permainan Gasing

Pengenalan

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.



Cara Bermain Permainan Gasing

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut. 
 

Permainan Wau

Pengenalan
Permainan wau ini juga dikenali dengan layang-layang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu. 
 
 
 

Sunday 24 March 2013

Fokus kerja kunyah gula-gula getah

GULA-GULA getah merupakan kegemaran remaja sejak zaman berzaman. Ramai yang menggemarinya kerana mengunyah gula-gula getah ini seakan-akan menjadi trend dalam golongan muda.
Namun, ramai yang tidak sedar bahawa mengunyah gula-gula getah ini boleh meningkatkan fokus seseorang dalam membuat sesuatu pekerjaan.
Kajian penyelidik Universiti Cardiff, Britain mendapati, mengunyah gula-gula getah mampu meningkatkan daya tumpuan seseorang.
Hasil kajian yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik ini mendapati orang yang mengunyah gula-gula getah menjadi lebih fokus khususnya apabila melakukan kerja yang memakan masa.